Sunday, August 15, 2010

VIOLENCE AGAINST WOMEN


I feel very angry and very disappointed when I heard one of my Siblings beaten by her own husband. From the incident i realize as a women i should know about women's rights and legal claims and I honestly do not know what the Domestic Violence Victims Can Do. So I did some researches on this serious problem.

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan(lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya.

Mengapa lelaki memukul?
  1. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.
  2. Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
  3. Lelaki yang memukul isteri tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Tetapi selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.

Teori Kitaran Keganasan

Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa wanita sanggup terus tinggal?

"Pernahkah anda merasa dalam ketakutan sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa? Begitulah perasaannya hidup di dalam perhubungan yang menyeksakan".

Merasa kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga kerana survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, bagaimana anda dapat meninggalkan keadaan ini?

Bolehkah pendera itu berubah?

Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.

Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.

Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan.

Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.

Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa sesi.

Bagaimanakah anda tahu seseorang pendera itu sedang berubah?

Walaupun seorang suami atau teman lelaki meminta maaf dan berjanji untuk berubah, ini mungkin hanya merupakan tipu-helahnya untuk memujuk supaya wanita tersebut tidak meninggalkannya. Perhatikan tanda-tanda ini sebelum mempercayai sepenuhnya yang dia sudah atau sedang berubah:

Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:

  • Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang menakutkan anda.
  • Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
  • Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai keadaan?
  • Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
  • Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
  • Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda membantah?
  • Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari pekerjaan?
  • Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
  • Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
  • Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang anda katakan?
  • Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga anak-anak?

Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:

  • Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan menyebabkan dia marah?
  • Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak bersetuju?
  • Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini terhadap anda?
  • Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
  • Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang kali kedua?
  • Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan anda?
  • Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
  • Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
  • Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
  • Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
  • Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan Perintah Lindungan terhadapnya?

Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?

Pelan Kecemasan

  • Buat Pelan tindakan tentang apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan pergi jika anda dalam bahaya. Beritahu anak-anak anda tentang rancangan anda jika mereka cukup matang untuk memahaminya.
  • Bawa bersama anak-anak anda jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda secepat mungkin. Dapatkan nasihat seorang peguam tentang hak penjagaan segera.
  • Apa jua jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan ia mempunyai petrol yang mencukupi.
  • Simpan satu set kunci dan nombor-nombor kecemasan di tempat yang anda pasti selamat.
  • Selalu pastikan yang anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan diri.
  • Bawa bersama kad pengenalan, surat-surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk anda dan anak -anak anda.
  • Simpan senarai nombor-nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit anda di tempat yang tersembunyi.
  • Gunakan perkataan berkod yang anda boleh cakapkan di telefon dengan seseorang yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.
(Sumber dipetik dari http://www.wao.org.my/news/rumahtangga.htm)



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 LIVE YOUR BEST LIFE